Friday, December 31, 2010

year of 2011

kini sudah melangkah ke tahun 2011... aku tidak merasa gembira .. mgkin terlalu banyak yg ku tertinggal di tahun lalu... terlalu banyak yang kun hilang... terlalu banyak yg kukesali... terlalu banyak yang ku pelajari... aku masih tidak menemui apa yang ku cari... penuh kepastian aku mengerti hidup ku belum menepati apa yang ku sasari... aku tidak berharap... tidak menyerah... tidak mengalah... tidak berarah... aku hanyakan pasrah dan terus berusaha tanpa menyerlah... biar ku bergerak dlam diam bagaikn bayang2 walau pun gelap aku tahu cahaya itu masih menyuluh ku...

Wednesday, December 29, 2010

M(^_^)M

O wind tht flow gently as breeze, while we bcome unware, suddenly u turn into violent cyclone.. Spining n spining until make me sick n finally transform into monster tht crush anythng nearest .."

Monday, December 27, 2010

~koleksi apa yg aku merepek...huk3

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jikalau nafas ku berikan
Tiada lagi nyawa diharapkan
Jikalau masa ku putarkan
Tiada lagi erti ku kejarkan

Jikalau mencuba adalah harapan
Tidak ku pandang pada rupawan
Jikalau masa bergerak semula
Tidak ku putus harapan dan nyawa

Jikalau semalam masih menyeru
Tidak ku berhenti  dari berlalu
Jikalau malam berganti siang
Tidak ku jemu dari terang

Jikalau dulu umpama sembilu
Tidak ku suram menusuk kalbu
Jikalau masa tidak menunggu
Tidak ku nanti kepulanganmu

Jikalau cinta tidak bersemi
Tidak ku menangis menyerah diri
Jikalau sesal menanti hari
Tidak ku henti biar pun mati

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~Umpama bunga..cantik dalam pandangan..mudah dipegang sukar... digengam terlalu lemah bungakan terbang ditiup angin..terlalu kuat bunga kan hancur kerana strukturnya yang rapuh..sesuatu yang cantik tidak semestinya dimiliki kerana sesuatu yang dimiliki tidak lagi di impi..tiba waktu bungakan matang tiba waktu bungakan kembang..rebahnya bunga menjadi nyawa...nyawa yang hidup dalam baunya..biarpun rupa kekal tak lama tapi rohnya kekal selamanya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

walau bulan dipagar bintang cahaya mentari tetap kan datang
walau saudari tak dapat datang hamba menanti sehingga petang
surut nya mentari dikala petang bulan kembali menemani bintang
surut nya hati saudari tak datang air mata memenuhi gantang
kabus subuh kian menebal embun meniti daun yang hijau
kabur tubuh dari pandangan terdetik hati mahu meninjau
tenang mentari kembali bercahaya burung kembali terbang bergaya
tenang menanti penuh percaya kerana saudari pengaman jiwa

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

niat di hati ingin memerhati
jika terdetik masa bersemi
mula berhati merebut hati
tesedak sanubari tersentuh hati
hampir mati menelan diri
erti pesanan umpama duri
utusan di cantas sehingga mati
membuat diri kini mengerti
tiada erti aku meniti
jalan yang wangi bersinar pelangi
bunga kini telah di pagari
pelangi turut menyembunyi diri
petir memanah memecah seri
umpama isyarat membawa diri
menyedari diri tidak di hargai
kembali menghilang tidak kembali

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
disangka bunga rupanya rerama...walau pun cantik bagaikan bunga...bersama si bunga kerana hartanya...sekadar hidup mencari manis nya....pahit terasa mula gelisah....meningalkan si bunga pergi selamanya

Saturday, December 4, 2010

reality telah terbukti

Aku telah tahu segala nya.... Aku telah pasti semua nya... Aku mengerti apakah dia... Aku tak pasti di mana silapnya... Telah berbagai-bagai bayangan yang hadir sbgai satu pertunjuk tp sayang aku x mudah tunduk... bagai kan kambing yang berbanga dgn tanduk nya akan tetapi terduduk di baham serigala akhirnya ... aku percaya itu bkn masalah ku.... itu bukan urusan ku..  ia bkn khendak ku... "Egokah aku"... klau dulu aku mngaku... klau dulu daku x kaku... pasti jln tidak berliku... pasti ruas tidak bertemu buku... ternyata mmg tidak berguna jika ternakkan tidak ditambat, tatkala sedar semuanya terlambat.... apa guna nya tali klau tidak ikat ke dahan.. apa guna nya dahan klau tidak mampu bertahan.... daku berkata mgkn segalanya dusta... aku x cukup bahan ku ungkap sbgai alasan.. ternyata aku yg perlahan... aku yang lembab.. lembab bagaikan siput... shingga tulang hampir reput baru lah aku sampai tersemput-semput... kini nasi menjadi bubur... kawah pula menjadi lebur.... tiada guna aku tadkbur... Redha lah... Redha lah.. Redha lah... kerana semuanya ketentuan ALLAH