Tuesday, January 11, 2011

Apakah sebab belia tempatan tidak berminat bekerja dalam bidang pembinaan dan perladangan


Sektor pembinaan dan perladangan ialah bidang yang berkaitan rapat dengan perniagaan dan perindustrian. Ekonomi Negara dijana melalui sektor-sektor sebegini. Perkembangan sektor binaan dan perladangan yang pesat menyebabkan peningkatan keperluan tenaga kerja yang tinggi. Keperluan ini tidak dipenuhi oleh pekerja tempatan disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya minat dikalangan belia tempatan kerana kadar gaji yang rendah serta kuantiti kerja, dan kebajikan pekerja. Pengambilan pekerja asing merupakan jalan penyelesaian yang diambil oleh pihak kontraktor dan pengusaha ladang tetapi sekiranya kebergantungan yang tertalu tinggi kepada pekerja asing ini berterusan akan memperlihatkan seolah-olah negara ketandusan tenaga kerja tempatan yang mahir. Memastikan fenomena ini tidak berterusan beberapa langkah-langkah penyelesaian dan pendekatan yang strategik perlu diambil oleh semua pihak yang berkenaan bagi menarik minat pekerja tempatan mencuburi sektor pembinaan.
                  Antara punca Kontraktor menghadapi kesukaran bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan adalah disebabkan sektor-sektor lain turut bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja sehingga terjadinya situasi kompetitif yang tinggi. Dalam realiti kehidupan seharian industri pembinaan dilihat kurang menarik minat belia lepasan persekolah kerana kurangnya pendedahan oleh pihak sekolah terhadap potensi yang ada di dalam sektor ini. Sudah menjadi kebiasaan pelajar yang mempunyai pencapaian akedemik yang tinggi akan lebih berminat dengan sektor yang menawarkan gaji lumayan serta kondisi tempat pekerjaan yang lebih baik. Situasi sebegini turut dihadapi pengusaha sektor perladangan sehinggakan kebanyakan sektor ini dibanjiri oleh pengunaan tenaga kerja asing yang tinggi.

                 Terdapat golongan belia yang kurang menyerlah di dalam bidang akedemi tetapi mereka sebenarnya mampu memajukan diri di dalam bidang yang berkaitan kemahiran. Kini golongan belia yang tidak mempunyai pendidikan akedemik yang tinggi dilihat akan lebih terjerumus kepada aktiviti yang tidak berfaedah seperti berpeleseran di pusat membeli belah, melepak, malah terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Merekrut belia tempatan sebenarnya akan membawa kebaikan kepada semua pihak kerana dengan cara ini ekonomi negara akan meningkat, statistik pengangguran akan berkurangan malah kadar jenayah turut dijangka menurun. Pekerja tempatan dilihat sering mempunyai masalah disiplin dan tidak mempunyai kesungguhan di dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberi, mereka akan cepat merungut sekiranya dikehendaki melakukan kerja-kerja sukar atau diminta bekerja lebih masa. Gaji yang ditawarkan dikatakan tidak memuaskan padahal kualiti kerja mereka penyebab kepada situasi sebegini berlaku. Etika kerja pekerja tempatan yang kurang memuaskan penyebab kebeterusan kebergantungan tenaga kerja asing didalam bidang pembinaan dan perladangan.
               Sektor perladangan turut menghadapi masalah kekurangan  tenaga kerja tempatan kerana sebab-sebab yang hampir sama berlaku kepada sektor pembinaan. Minda belia sebenarnya telah dipengaruhi oleh andaian negatif kerana gambaran kepada kedua-dua sektor ini ialah kotor, tidak menguntungkan, sangat susah, berbahaya, tidak membawa kepada peningkatan taraf hidup. Pemikiran negatif ini perlu sama sekali disanggah dari kaca mata masyarakat berikutan potensi tinggi yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Tenaga kerja di dalam bidang perladangan dan pembinaan terbahagi kepada beberapa kelas yang tersendiri iaitu tenaga kerja am, tenaga kerja separuh mahir, tenaga kerja mahir. Melalui penentuan ketiga-tiga gred inilah gaji mereka dibayar, semakin tinggi kualiti kerja mereka semakin tinggi jugalah upah yang ditawarkan. Terdapat banyak pekerja tempatan menyalahkan kehadiran tenaga kerja asing penyebab khidmat mereka tidak digunakan, sebenarnya tidak akan ada situasi sebegini sekiranya mereka lebih peka untuk bersaing dengan pekerja asing ini. Sebenarnya kadar gaji pekerja asing yang lebih murah ini berlaku kerana kemungkinan kebanyakkan tenaga kerja tersebut adalah dari mereka yang masuk dengan cara tidak sah. Masalah pekerja asing tanpa izin (PATI) sebenarnya boleh diselesaikan tanpa mengharap kepada bidang kuasa pihak kerajaan semata-mata, sekirannya khidmat mereka tidak digunakan oleh para kontraktor dan pengusaha ladang pasti golongan PATI akan kembali ke negara masing-masing atau ke negara lain apabila menyedari kehadiran mereka tidak diperlukan.
                 Belia berkelulusan graduan dilihat banyak menganggur walhal mereka sebenarnya boleh mencuburi sektor lain seperti pembinaan dan perladangan biarpun tidak berkaitan dengan bidang yang diperlajari. Dengan kadar pengangguran yang tinggi, lulusan graduan tidak seharusnya terlalu memilih pekerjaan dan sepatutnya merebut segala peluang yang ada di dalam sektor-sektor yang menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti pembinaan dan perladangan. Dengan kehadiran pelbagai teknologi terkini sektor ini bukan lagi seumpama kerja-kerja kampung murahan, ia telah berada dikelasnya yang tersendiri. Dengan adanya pengelaman sebagai buruh binaan am sebenarnya mereka mampu berusaha mempelajari ilmu menjadi kontraktor yang Berjaya, dari pengelaman sebagai pekerja ladang mereka boleh menjadi pengusaha ladang yang berkalibar. Pengajaran mengenai elemen-elemen yang berkaitan dengan pembinaan dan perladangan telah mula dimasukan di dalam subjek-subjek perlajaran di universiti dan kolej.
             Kursus-kursus dan latihan kemahiran telah giat dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan badan-badan yang seangkatan dengannya. Peluang menimba ilmu semakin cerah apabila terdapat institut pengajar yang telah ditubuhkan seperti Pusat Giatmara (PGM), Akedemi Pembinaan Malaysia (APM), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Ini hanyalah sebahagian darinya bahkan sebenarnya banyak lagi institusi yang telah lahir bagaikan cendawan selepas hujan. Bagi meningkatkan kualiti sektor pembinaan dan perladangan terma dan syarat-syarat kelayakan telah dipertingkatkan melalui badan-bandan agensi seperti Lembaga Pembinaan Malaysia (CIDB), Pusat Khidmat Kontraktor Malaysia (PKKM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang memainkan peranan. Sektor perladangan juga tidak tertinggal dalam penyelidikan bagi penambahbaikan hasil tanaman, seperti penubuhan Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

ANTARA ALASAN-ALSAN TIDAK MAHU MENCUBURI BIDANG PEMBINAAN:
·         Industri pembinaan bersifat sementara dan perlu berpindah dari satu lokasi ke lokasi yang lain mengikut penawaran projek tersebut. Menyebabkan tiada jaminan kerja yang berterusan.
·         Keadaan persekitaran kerja yang tidak selesa serta rekod keselamatan dan kebajikan pekerja yang kurang baik
·         Imej industri pembinaan yang menggunakan banyak tenaga manusia berbanding peralatan jentera menjadikan ia terkenal dengan gelaran pekerjaan “blue-collar” berbanding industri “white-collar” yang lebih banyak menggunakan mesin dan jentera
·         Dominasi lebih kepada kaum lelaki atau mereka yang mempunyai kekuatan fizikal yang tinggi
·         Golongan belia dipengaruhi oleh keluarga supaya tidak memilih kerjaya dalam bidang pembinaan kerana persepsi yang kurang baik


ANTARA LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL:
·         Menyediakan sistem aperantis yang lebih fleksible,konisiten dan responsif
·         Mempertingkatkan kebajikan dan keperluan mobiliti pekerja bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di seluruh Negara
·         Memperbaiki imej industry binaan yang negative terutama aspek gaji, suasana kerja, prospek kerjaya
·         Meningkatkan pengambilan belia-belia terutama mereka yang menamatkan persekolahan untuk pembelajaran sector pembinaan supaya mendapat maklumat yang tepat di dalam sektor ini
·         Melakukan kempen meliputi tenaga kerja, keselamatan, dan kualiti kontraktor serta memberi anugerah, penajaan, perkongsian, papan tanda, logo dan lain-lain
·         Menyediakan kursus-kursus keusahawanan dan yang berkaitan kepada semua golongan yang berminat
YANG MEMAINKAN PERANAN:
1.Komitmen dari klien
2.komitmen dari kontraktor
3 komitmen dari kerajaan

“KESIMPULAN” semua masalah boleh diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing. Tiada pihak yang perlu menunding jari atau dipersalahkan biarlah kesefakatan suatu kominiti menjayakan segala perancangan yang telah diambil bagi mengatasi segala masalah yang timbul. Dengan adanya program jangka masa panjang seperti penubuhan institut dan insitusi pengajaran pasti masalah kekurangan penglibatan belia didalam bdang pembinaan dapat diatasi.
Sekain terima kasih… Assalammualaikum..

1 comment:

  1. setujuh, jika sektor pembinaan bersifat semantara kerajaan perlu memberi kebajikan(elaun)kepada mereka(belia/golongan berkemahiran) supaya mereka akan berasa lebih yakin untuk menyumbangkan kemahiran mereka dalam industri pembinaan yang berpanjangan sekaligus cara ini dapat mengurangkan pekerja asing.

    untuk menjayakan prosedur ini, mereka yang tamat dalam sijil kemahiran contohnya(ILP),(IKM),(IKBN)dan telah melanjutkan kursus latihan yang dianjurkan(CIDB), perlu direkodkan
    dalam satu badan bertanggungjawab yang diiktiraf oleh kerajaan... -mungkin- 'Badan X'...bagi tujuan mendaftar kemahiran mereka dengan menyatakan sejauh mana tahap kemahiran mereka...jika ini dilakukan,tentunya mereka akan berebut2 untuk bersaing untuk menyerlahkan tahap kemahiran mereka....sekian.

    ReplyDelete