Monday, December 27, 2010

~koleksi apa yg aku merepek...huk3

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jikalau nafas ku berikan
Tiada lagi nyawa diharapkan
Jikalau masa ku putarkan
Tiada lagi erti ku kejarkan

Jikalau mencuba adalah harapan
Tidak ku pandang pada rupawan
Jikalau masa bergerak semula
Tidak ku putus harapan dan nyawa

Jikalau semalam masih menyeru
Tidak ku berhenti  dari berlalu
Jikalau malam berganti siang
Tidak ku jemu dari terang

Jikalau dulu umpama sembilu
Tidak ku suram menusuk kalbu
Jikalau masa tidak menunggu
Tidak ku nanti kepulanganmu

Jikalau cinta tidak bersemi
Tidak ku menangis menyerah diri
Jikalau sesal menanti hari
Tidak ku henti biar pun mati

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~Umpama bunga..cantik dalam pandangan..mudah dipegang sukar... digengam terlalu lemah bungakan terbang ditiup angin..terlalu kuat bunga kan hancur kerana strukturnya yang rapuh..sesuatu yang cantik tidak semestinya dimiliki kerana sesuatu yang dimiliki tidak lagi di impi..tiba waktu bungakan matang tiba waktu bungakan kembang..rebahnya bunga menjadi nyawa...nyawa yang hidup dalam baunya..biarpun rupa kekal tak lama tapi rohnya kekal selamanya

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

walau bulan dipagar bintang cahaya mentari tetap kan datang
walau saudari tak dapat datang hamba menanti sehingga petang
surut nya mentari dikala petang bulan kembali menemani bintang
surut nya hati saudari tak datang air mata memenuhi gantang
kabus subuh kian menebal embun meniti daun yang hijau
kabur tubuh dari pandangan terdetik hati mahu meninjau
tenang mentari kembali bercahaya burung kembali terbang bergaya
tenang menanti penuh percaya kerana saudari pengaman jiwa

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

niat di hati ingin memerhati
jika terdetik masa bersemi
mula berhati merebut hati
tesedak sanubari tersentuh hati
hampir mati menelan diri
erti pesanan umpama duri
utusan di cantas sehingga mati
membuat diri kini mengerti
tiada erti aku meniti
jalan yang wangi bersinar pelangi
bunga kini telah di pagari
pelangi turut menyembunyi diri
petir memanah memecah seri
umpama isyarat membawa diri
menyedari diri tidak di hargai
kembali menghilang tidak kembali

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
disangka bunga rupanya rerama...walau pun cantik bagaikan bunga...bersama si bunga kerana hartanya...sekadar hidup mencari manis nya....pahit terasa mula gelisah....meningalkan si bunga pergi selamanya

No comments:

Post a Comment